Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk
anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah. Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.
Pendidikan Islam Peringkat Awal
Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah. Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.
Pendidikan Islam di Kelantan bermula di Istana kemudian di surau-surau, madrasah dan masjid-masjid. Masjid-masjid yang terawal yang dibina di Kelantan adalah Masjid Kg. Laut, Masjid Muhammadi dan juga Masjid Langgar. Memandangkan Masjid Kg. Laut berusia lebih 300 tahun, adalah dipercayai pendidikan Islam di Kelantan bermula sejak 300-400 tahun yang lalu.
Adalah dipercayai Syeikh Haji Abdul Halim adalah orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan, setelah menamatkan pelajaran di Mekah.
Perkembangan Pendidikan Pondok Sebelum 1910
S istem Pendidikan Pondok telah bermula pada awal abad ke 19 Masihi. 'Pondok' dalam konteks pendidikan bererti satu institusi pendidikan Agama Islam yang bersedirian dan berasrama.
D ipercayai pondok pertama di Kelantan wujud sekitar tahun 1820 Masihi oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah di Pulau Chondong. Beliau dikenali sebagai Tok Pulai Chondong. Pendidikan Pondok dipercayai berasal dari Pattani (Selatan Thai). Kebanyakan guru-guru dan alim ulama di Kelantan pada abad ke 19 adalah lepasan daripada pondok-pondok di Pattani, contohnya
i) Haji Abdullah Kasim (Dikenali Syeikh Abdullah Kasim Senggora
Al-Fatani)
ii) Haji Daud bin Abdullah (Dikenali Syeikh Daud Abdullah
Al-Fatani)
iii) Haji Muhamad bin Ismail Daud (Dikenali Syeikh Muhamad
Al-Fatani)
dan lain-lain lagi.
D i antara pondok-pondok yang didirikan di Kelantan sebelum tahun 1910 diantaranya: Pondok Tok Pulai Chondong didirikan oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah (1820), Pondok Tok Bachok didirikan oleh Hj. Othman bin Hj. Muhamad sekitar 1900, Pondok Hj. Ab Malek, Kg. Sungai Pinang, Tumpat didirikan oleh Hj. Ab. Malik bin Hassan (1907), Pondok Hj. Yusof, Pulau Ubi, Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kg. Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semaian.
Perkembangan Sekolah-Sekolah Pondok Antara 1910-1945
Z aman di antara tahun 1910-1945 adalah zaman keemasan perkembangan sekolah-sekolah pondok. Pondok-pondok banyak dibina dan bilangan pelajar yang ramai.
D i antara pondok-pondok yang terkenal ialah Pondok Kemboja, Kg. Atas Banggol, didirikan oleh Hj. Awang bin Muhd Zin, Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian oleh Hj. Mohd Yusof bin Ahmad (Tok Kenali) sekitar 1910, Pondok Tok Selihor, Kg. Berangan Tumpat (1912), Pondok Ketereh (1916), Pondok Pulau Pisang, Badang, Kota Bharu (1930), Pondok Badang Jelapang, Kg. Lemal, Pasir Mas (1925), Pondok Ahmadiyah, Bunut Payong Kota Bharu (1931) dan Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas (1932).
P uncak kegemilangan dan kemajuan ini berlangsung sehingga akhir zaman pemerintah Jepun pada 1945. Selepas daripada itu, sistem pendidikan pondok menempuhi zaman kemerosotan.
Perkembangan Sekolah Pondok Dari Tahun 1945 Hingga Sekarang
Z aman kemunduran sistem pendidikan pondok bermula tahun 1945 akibat daripada perubahan dalam sistem pelajaran negara, munculnya Sekolah-sekolah Rakyat yang menggunakan Arab dan perkembangan sekolah-sekolah Melayu dan Agama Kerajaan di Kelantan. Sistem pelajaran di sekolah-sekolah Melayu dan Sekolah Agama ini adalah lebih baik, lebih terurus dan lebih selesa berbanding dengan sekolah-sekolah pondok.
D i antara pondok yang didirikan selepas 1945 ialah:
a. Pondok Hj. Muhd Noor di Kampung But, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu
(1946).
b. Pondok Ulum Al-Ahmadiah, Bachok (1950).
c. Pondok Terusan Pasir Tumbuh (1954).
d. Pondok Muhammadiah Kuala Krai (1958).
M ulai 1950an, pengajian pondok terus merosot kerana kurang sambutan masyarakat. Ada di antara pondok-pondok ini cuba sesuaikan dengan sistem persekolahan, contohnya pada 1958, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Hj. Muhd Noor di Kg. But ditukar menjadi Madrasah Saadatul Qura pada 1970.
P ada tahun 1973 dikatakan ada 54 buah pondok di Kelantan yang masih meneruskan pendidikan pondok dengan murid lebih kurang 3152 orang sahaja.
Perkembangan Sekolah-Sekolah Agama/Arab
P erkembangan Agama Islam di Kelantan disebar melalui dua saluran utama iaitu sistem pondok dan sistem sekolah pondok-pondok agama. Pengajian secara teratur bermula pada 1960an dimana kelas Tafaqah diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu kelolaan Dato' Mufti Kerajaan pada masa itu.
S aluran lain pengajian adalah melalui sekolah-sekolah bahagian Melayu seperti Madrasah Muhammadiah yang dibuka oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada 1917, tetapi hanya untuk murid lelaki sahaja. Pada tahun 1932, bahagian wanita Madrasah Muhamadiah dibuka.
M adrasah ini yang asalnya ditempatkan di bahagian belakang Majlis Agama Islam Kelantan telah dipindahkan ke bangunan Jame' Merbau pada 1945 dan dikenali sebagai 'Jame Merbau Al Ismaili'. Apabila bangunan baru yang berharga RM200,000.00 siap pada 1956, maka dipindah pula ke bangunan tersebut dan dipanggil Ma'ahad Muhamadi Arab sehinggalah sekarang.
B ilangan sekolah-sekolah Agama/Arab di bawah MAIK sehingga tahun 1952 adalah 10 buah termasuklah Sekolah Ugama Gual Periok, Madrasah 'Ariah, Pasir Mas, Sekolah Ugama Falahiah, Pasir Pekan, Sekolah Ugama Al-Amir Indera, Beris, Bachok dan Sekolah Ugama Ismailiah, Semerak, Pasir Puteh.
S ukatan pelajaran telah dikaji dan diperbaiki sehinggalah tahun 1960an mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Inggeris dimasukkan. Ini bertujuan untuk pelajar-pelajar sekolah Agama ini berpeluang menduduki Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang penghantarnya bahasa Melayu. Rundingan dengan pihak Universiti Al-Azhar, Mesir telah diadakan dan akhirnya pada 1961, Universiti Al-Azhar telah mengiktirafkan Sijil Darjah Sembilan daripada Ma'ahad Muhamadi untuk memasuki Universiti Al Azhar.
Murid Perempuan (awal) Madrasah Muhamadiah (Melayu) bergambar di hadapan kelas mereka di tingkatan bawah MAIK, Jalan Sultan, Kota Bharu
Pelajar-pelajar Madrasah Muhammadiah (Arabiah), bergambar di hadapan bangunan MAIK-1937
Bangunan MAIK yang menjadi sekolah pertama MAIK Jalan Sultan, Kota Bharu