LENCANA SEKOLAH

GURU-GURU

GURU TAHUN SATU

GURU TAHUN DUA

GURU TAHUN TIGA

GURU TAHUN EMPAT

GURU TAHUN LIMA

GURU TAHUN ENAM

Photobucket

HPA.fm : Refesh Jika Siaran Terhenti

Monday, July 20, 2009

0 comments

Listen to Quran

nak kongsi dengan anda sumer satu software Al-Quran.. anda boleh copy kod HTML ini di http://www.listen2quran.com/ dan paste kan diblog anda.. semoga kita akan mendapat keredhaanNya.. wassalam..

Selamat mendengar



Berita selanjutnya...
Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Wednesday, July 8, 2009

0 comments

Strategi martabat bahasa Malaysia




halimspace Banner Generator @ halimhassan.com


"Orang buta berusaha untuk celik tetapi orang celik berusaha untuk membuta".

Sains, Matematik kembali diajar dalam BM pada 2012

PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Pada sidang medianya di sini, beliau yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata penguasaan bahasa Inggeris akan terus ditingkatkan dengan me-nambah baik pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

Pada 2003, kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tetapi mendapat bantahan pelbagai pihak terutama pejuang bahasa yang mahu dasar itu dikaji semula.

Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.

Sambil menolak andaian keputusan itu dibuat akibat tekanan mana-mana pihak, Muhyiddin menegaskan:

"Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris."

Pemantauan kementerian pada 2008, katanya, mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007.

Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007.

Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003.

"Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Melayu di sekolah kebangsaan dan menengah dan bahasa Cina dan Tamil di SJK Cina dan Tamil," katanya.

Mengenai langkah untuk memartabatkan bahasa Malaysia, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada asas kemahiran berbahasa menerusi pendekatan modular bersepadu meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

"Pada peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa," katanya.

INFO: Kelemahan PPSMI

# Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.

# Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

# Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

# Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

# Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.



Berita PPSMI...
Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Tuesday, July 7, 2009

ISU-ISU DALAM PPSMI

1 comments




Berikut adalah hasil kajian PEMBINA yang mendapat kerjasama daripada lapan IPTA Februari lalu yang menumpu pada penilaian tahap kompetensi guru dalam PPSMI dan kesannya terhadap pembangunan modal insan:


Berikut adalah hasil kajian PEMBINA yang mendapat kerjasama daripada lapan IPTA Februari lalu yang menumpu pada penilaian tahap kompetensi guru dalam PPSMI dan kesannya terhadap pembangunan modal insan:

berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli

Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris.

Dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang peningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Bagi Matematik, peningkatan bahasa Inggeris hanyalah 1.0 peratus manakala 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran yang menunjukkan korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Peningkatan hanya sebanyak 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Hal ini dibuktikan dengan analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 SK seluruh negara, yang menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang merudun dengan drastik apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).

Nampak? Betapa idea mantan PM ke-4 ini sewajarnya ditolak dan dasar pelaksanaannya patut dihentikan mulai tahun depan.

Namun begitu, bukanlah bermakna pelaksanaan dasar pendidikan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris perlu diketepikan terus. Malah, kerajaan sepatutnya memperbaiki dasar sedia ada dengan melaksanakan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk lulus SPM. Dasar itu sebenarnya lebih relevan berbanding PPSMI.

Pemuda UMNO juga nampaknya menyokong seratus peratus idea Muhyiddin ini. Ketuanya, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata,”Pemuda UMNO menyokong penuh syarat wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar.

“Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda UMNO agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET (Malaysian University English Test) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka.”

Bagi Pemuda UMNO, tegas Khairy, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting, terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan yang memberi kesan dan impak besar kepada para pelajar.

Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan analisis untung-rugi halatuju PPSMI haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk hala tuju dan masa depan modal insan negara.



skpc...
Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Sunday, July 5, 2009

DiKejar Babi

0 comments



AWAS SELSEMA BABI.







widgeowidget
Selsema babi (H1N1)Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu).



.





jangan klik Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Wednesday, July 1, 2009

SEJARAH TOK PULAI CHONDONG

0 comments

TOK PULAI CHONDONG
Nama lengkap Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (selanjutnya disingkatkan Tok Pulai Chondong saja). Lahir semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207 H/1792 M.


TOK PULAI CHONDONG
Nama lengkap Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (selanjutnya disingkatkan Tok Pulai Chondong saja). Lahir semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207 H/1792 M.

Beliau ialah saudara dua pupu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Setelah belajar di Patani beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.

;Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit itu, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu....

PENDIDIKAN

Tok Pulai Chondong setelah belajar daripada ayah dan datuknya sendiri menurut pengajian sistem tradisional Patani. Beliau juga pernah belajar di Pondok Pauh Bok, Patani daripada Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin al-Fathani. Selanjutnya pergi ke Mekah pada tahun 1223 H/1808 M. Di sana beliau belajar kepada Tuan Guru Haji Adam. Riwayat yang sahih ramai orang menceritakan bahawa Tok Pulai Chondong ialah murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Baik masih berada di Pondok Pauh Bok, mahupun setelah di Mekah, beliau bersahabat dengan beberapa orang antaranya ialah Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani (yang kemudian dikenali dengan nama Tuan Hasan Besut). Juga saudaranya Syeikh Wan Ali bin Wan Ishaq al-Fathani. Sewaktu belajar di Mekah, Tok Pulai Chondong juga bersahabat dengan Syeikh Abdul Malik bin Isa Terengganu, Syeikh Wan Musa dan ramai lagi.

Setelah menetap beberapa tahun di Mekah, Tok Pulai Chondong pulang ke Kelantan. Seterusnya Tok Pulai Chondong menyebarkan pengetahuannya dalam tiga cabang pengetahuan iaitu usuluddin, fiqh dan tasawuf. Tidak berapa lama di Kelantan Tok Pulai Chondong berangkat pula ke Mekah dalam tahun 1256 H/1840 M melanjutkan pelajarannya kerana dirasakan bahawa beliau masih perlu belajar lagi, bukan mengajar. Padahal dalam penilaian beberapa orang ulama, Tok Pulai Chondong yang dalam bidang tasawuf sebenarnya memang layak mengajar bukan belajar.

Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof menulis bahawa pada tahun tersebut Tok Pulai Chondong pergi ke Mesir menziarahi makam Imam Syafie bersama sahabatnya, Tuan Hasan Besut. Kisah ini merupakan maklumat baru, dan sekali gus menggambarkan persahabatan yang sangat rapat antara Tok Pulai Chondong dengan Tuan Hasan Besut yang terkenal itu.

Masih dalam konteks ini, Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof juga menulis;ada pendapat lain yang menyatakan bahawa Tok Pulai Chondong telah pergi ke Mekah buat kali kedua pada tahun 1278 H/1861 M bersama anaknya Muhammad Arsyad yang berusia 13 tahun. Pada kali inilah beliau telah mengambil peluang menziarahi kubur Imam Syafie.

AKTIVITI

Makin bertambah banyak pengetahuannya di bidang tasawuf makin bertambah kuatlah Tok Pulai Chondong beramal. Sebenarnya memang sejak kecil Tok Pulai Chondong ialah seorang yang memang mempunyai ciri-ciri khusus tentang amalan itu. Pada masa tuanya beliau terkenal sebagai seorang sufi yang warak, banyak membaca pelbagai wirid dan zikir. Zikir jihar dan zikir sirr semuanya beliau kerjakan dengan tekun sepanjang siang dan malam.

Doa yang paling sering diamalkannya ialah Hizb al-Bahri yang sanadnya bersambung dengan pengamalnya yang mula-mula iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan asy-Syazili. Hizb al-Bahri telah beliau ijazahkan kepada beberapa muridnya di Mekah.

Antaranya ialah orang Arab bernama Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan. Syeikh Ahmad ad-Dihan mengijazahkan pula kepada Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani menulis doa tersebut dalam sebuah kitab yang diberi judul Lum'ah al-Aurad. Daripada sini ia tersebar dan banyaklah orang mengamalkan Hizb al-Bahri melalui penerimaan ijazah daripada seorang guru ke seorang guru hinggalah ke hari ini.

Aktiviti Tok Pulai Chondong yang diserlahkan oleh Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof dalam kertas kerjanya antara lain termasuk menjadi pelopor kepada pembangunan Kampung Pulai Chondong apabila beliau membuka penempatan baru yang tidak berjauhan dari Kampung Bukit, iaitu Kampung Bilal Talib.

Tok Pulai Chondong mendirikan sebuah surau yang akhirnya menjadi sebuah tempat pengajian sistem pondok. Mereka yang belajar ilmu di situ datang dari pelbagai pelosok nusantara seperti Kampar, Sumatera, Kemboja, Patani, Terengganu, negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu sendiri dan lain-lain. Pondok Tok Pulai Chondong telah didirikan oleh Tok Pulai Chondong pada tahun 1820.

Berdasarkan tahun berdirinya pondok itu, maka para sejarawan Malaysia berkesimpulan bahawa Pondok Pulai Chondong merupakan pondok terawal di Kelantan.

Setelah Tok Pulai Chondong dilantik menjadi imam di Kampung Bukit dan berhasil membuka Kampung Bilal Talib, Tok Pulai Chondong membina pula masjid. Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof menulis bahawa “kebetulan di pinggir kampung tersebut terdapat sebuah pokok Pulai yang besar lagi condong maka Tok Pulai Chondong mengambil sempena keadaan pokok itu lalu menamakan perkampungan tersebut dan kawasan sekitarnya sebagai Kampung Pulai Chondong.

Walau bagaimanapun, masjid yang dibina tersebut telah terbakar pada 1820 M dan ia kemudian dipindahkan ke Kampung Surau iaitu tempat terletaknya masjid itu pada masa sekarang. Pada tahun 1856, masjid tersebut sekali lagi terbakar dan dengan kerjasama anak-anak mukim tempatan, Tok Pulai Chondong mendirikan sebuah masjid lain di tepi Sungai Pulai Chondong yang terletak tidak jauh dari tempat terbakarnya masjid tersebut.

Masjid yang baru didirikan ini kemudiannya dilengkapkan dengan mimbar, gendang dan menara. Sehingga kini menara Masjid Pulai Chondong masih lagi merupakan objek kemegahan tempatan yang dibina oleh Tok Pulai Chondong pada 1856.

Tok Pulai Chondong juga dilantik oleh Sultan Muhammad II sebagai guru di istana untuk mengajar Raja Perempuan tentang agama Islam. Sumbangan Tok Pulai Chondong yang dapat dilihat selain mengasaskan institusi pendidikan dan pengembangan syiar Islam ialah beliau juga berjaya mengubah corak kehidupan masyarakat Kelantan ketika itu yang masih jahil sehingga menjadi masyarakat yang berilmu dan patuh terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya.

KETURUNAN

Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof juga mendokumentasikan bahawa Tok Pulai Chondong mempunyai tiga orang adik-beradik. Mereka ialah Halimah, Abd. Rahman dan Tok Pulai Chondong sendiri. Halimah iaitu yang sulung kahwin dengan orang Kubang Kiat, Kota Bharu dan selepas itu menetap di Labok yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Pulai Chondong.

Di antara tiga adik beradik itu hanya Tok Pulai Chondong yang mewarisi jejak langkah ayah dan datuknya sebagai ulama. Diriwayatkan bahawa Tok Pulai Chondong mempunyai empat orang isteri. Nama-nama mereka ialah Mek Mendusa, , Thamani dan Zaleha. Tok Pulai Chondong dikurniakan 16 anak. Empat daripadanya meninggal dunia ketika masih kecil manakala 12 anak

Tok Pulai Chondong terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga perempuan iaitu:

1. Haji Abdul Hamid

2. Haji Abdul Syukur

3. Haji Abdul Aziz

4. Haji Umar

5. Haji Muhammad Said

6. Haji Taib

7. Hajah Siti Mariam

8. Haji Muhammad Arsyad

9. Haji Abdullah

10. Haji Muhammad

11. Hajah Zainab

12. Hajah Ummu Maimunah

Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof mencatatkan pula bahawa hasil perkahwinan Tok Pulai Chondong dengan Thamani memperoleh empat anak iaitu Haji Taib, Haji Abdul Syukur, Haji Muhammad Arsyad dan Haji Abdul Aziz.






Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

GURU-GURU

0 comments











Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL DI KELANTAN

1 comments


Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk
anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah. Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.


Pendidikan Islam Peringkat Awal

Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah. Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.

Pendidikan Islam di Kelantan bermula di Istana kemudian di surau-surau, madrasah dan masjid-masjid. Masjid-masjid yang terawal yang dibina di Kelantan adalah Masjid Kg. Laut, Masjid Muhammadi dan juga Masjid Langgar. Memandangkan Masjid Kg. Laut berusia lebih 300 tahun, adalah dipercayai pendidikan Islam di Kelantan bermula sejak 300-400 tahun yang lalu.

Adalah dipercayai Syeikh Haji Abdul Halim adalah orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan, setelah menamatkan pelajaran di Mekah.

Perkembangan Pendidikan Pondok Sebelum 1910

S istem Pendidikan Pondok telah bermula pada awal abad ke 19 Masihi. 'Pondok' dalam konteks pendidikan bererti satu institusi pendidikan Agama Islam yang bersedirian dan berasrama.

D ipercayai pondok pertama di Kelantan wujud sekitar tahun 1820 Masihi oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah di Pulau Chondong. Beliau dikenali sebagai Tok Pulai Chondong. Pendidikan Pondok dipercayai berasal dari Pattani (Selatan Thai). Kebanyakan guru-guru dan alim ulama di Kelantan pada abad ke 19 adalah lepasan daripada pondok-pondok di Pattani, contohnya

i) Haji Abdullah Kasim (Dikenali Syeikh Abdullah Kasim Senggora
Al-Fatani)
ii) Haji Daud bin Abdullah (Dikenali Syeikh Daud Abdullah
Al-Fatani)
iii) Haji Muhamad bin Ismail Daud (Dikenali Syeikh Muhamad
Al-Fatani)
dan lain-lain lagi.

D i antara pondok-pondok yang didirikan di Kelantan sebelum tahun 1910 diantaranya: Pondok Tok Pulai Chondong didirikan oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah (1820), Pondok Tok Bachok didirikan oleh Hj. Othman bin Hj. Muhamad sekitar 1900, Pondok Hj. Ab Malek, Kg. Sungai Pinang, Tumpat didirikan oleh Hj. Ab. Malik bin Hassan (1907), Pondok Hj. Yusof, Pulau Ubi, Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kg. Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semaian.

Perkembangan Sekolah-Sekolah Pondok Antara 1910-1945

Z aman di antara tahun 1910-1945 adalah zaman keemasan perkembangan sekolah-sekolah pondok. Pondok-pondok banyak dibina dan bilangan pelajar yang ramai.

D i antara pondok-pondok yang terkenal ialah Pondok Kemboja, Kg. Atas Banggol, didirikan oleh Hj. Awang bin Muhd Zin, Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian oleh Hj. Mohd Yusof bin Ahmad (Tok Kenali) sekitar 1910, Pondok Tok Selihor, Kg. Berangan Tumpat (1912), Pondok Ketereh (1916), Pondok Pulau Pisang, Badang, Kota Bharu (1930), Pondok Badang Jelapang, Kg. Lemal, Pasir Mas (1925), Pondok Ahmadiyah, Bunut Payong Kota Bharu (1931) dan Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas (1932).

P uncak kegemilangan dan kemajuan ini berlangsung sehingga akhir zaman pemerintah Jepun pada 1945. Selepas daripada itu, sistem pendidikan pondok menempuhi zaman kemerosotan.

Perkembangan Sekolah Pondok Dari Tahun 1945 Hingga Sekarang

Z aman kemunduran sistem pendidikan pondok bermula tahun 1945 akibat daripada perubahan dalam sistem pelajaran negara, munculnya Sekolah-sekolah Rakyat yang menggunakan Arab dan perkembangan sekolah-sekolah Melayu dan Agama Kerajaan di Kelantan. Sistem pelajaran di sekolah-sekolah Melayu dan Sekolah Agama ini adalah lebih baik, lebih terurus dan lebih selesa berbanding dengan sekolah-sekolah pondok.

D i antara pondok yang didirikan selepas 1945 ialah:

a. Pondok Hj. Muhd Noor di Kampung But, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu
(1946).
b. Pondok Ulum Al-Ahmadiah, Bachok (1950).
c. Pondok Terusan Pasir Tumbuh (1954).
d. Pondok Muhammadiah Kuala Krai (1958).

M ulai 1950an, pengajian pondok terus merosot kerana kurang sambutan masyarakat. Ada di antara pondok-pondok ini cuba sesuaikan dengan sistem persekolahan, contohnya pada 1958, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Hj. Muhd Noor di Kg. But ditukar menjadi Madrasah Saadatul Qura pada 1970.

P ada tahun 1973 dikatakan ada 54 buah pondok di Kelantan yang masih meneruskan pendidikan pondok dengan murid lebih kurang 3152 orang sahaja.

Perkembangan Sekolah-Sekolah Agama/Arab

P erkembangan Agama Islam di Kelantan disebar melalui dua saluran utama iaitu sistem pondok dan sistem sekolah pondok-pondok agama. Pengajian secara teratur bermula pada 1960an dimana kelas Tafaqah diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu kelolaan Dato' Mufti Kerajaan pada masa itu.

S aluran lain pengajian adalah melalui sekolah-sekolah bahagian Melayu seperti Madrasah Muhammadiah yang dibuka oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada 1917, tetapi hanya untuk murid lelaki sahaja. Pada tahun 1932, bahagian wanita Madrasah Muhamadiah dibuka.

M adrasah ini yang asalnya ditempatkan di bahagian belakang Majlis Agama Islam Kelantan telah dipindahkan ke bangunan Jame' Merbau pada 1945 dan dikenali sebagai 'Jame Merbau Al Ismaili'. Apabila bangunan baru yang berharga RM200,000.00 siap pada 1956, maka dipindah pula ke bangunan tersebut dan dipanggil Ma'ahad Muhamadi Arab sehinggalah sekarang.

B ilangan sekolah-sekolah Agama/Arab di bawah MAIK sehingga tahun 1952 adalah 10 buah termasuklah Sekolah Ugama Gual Periok, Madrasah 'Ariah, Pasir Mas, Sekolah Ugama Falahiah, Pasir Pekan, Sekolah Ugama Al-Amir Indera, Beris, Bachok dan Sekolah Ugama Ismailiah, Semerak, Pasir Puteh.

S ukatan pelajaran telah dikaji dan diperbaiki sehinggalah tahun 1960an mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Inggeris dimasukkan. Ini bertujuan untuk pelajar-pelajar sekolah Agama ini berpeluang menduduki Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang penghantarnya bahasa Melayu. Rundingan dengan pihak Universiti Al-Azhar, Mesir telah diadakan dan akhirnya pada 1961, Universiti Al-Azhar telah mengiktirafkan Sijil Darjah Sembilan daripada Ma'ahad Muhamadi untuk memasuki Universiti Al Azhar.
Murid Perempuan (awal) Madrasah Muhamadiah (Melayu) bergambar di hadapan kelas mereka di tingkatan bawah MAIK, Jalan Sultan, Kota Bharu
Pelajar-pelajar Madrasah Muhammadiah (Arabiah), bergambar di hadapan bangunan MAIK-1937
Bangunan MAIK yang menjadi sekolah pertama MAIK Jalan Sultan, Kota Bharu

Read more...

Bookmark this post:
StumpleUpon Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google

Recent Post

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Magazine 4 column themes by halimhassan(SKPC)-0139589102